Saturday, December 29, 2012

Kasih Padamu - Part 2


29 Dis 2012 - Album Koleksi Istimewa ni, aku beli time g Maha 2012 kat serdang ari tu. Sejak pelancaran album ni,  mmg aku tercari2 album ni. Last2 aku jumpa jugak. Aku beli ni semata2 kerana lagu Kasih Padamu. Mmg best lagu ni. Mmg menyentuh jiwa. Tapi bagi aku, versi radio lebih touching dari versi cd nih. Emmm dalam Album ni gak ader lirik lagu tu. So, ni aku ader tulis lirik lagu Kasih Padamu true from album khas utk korang yang meminati dan menghayati lagu ini... 


"Kasih Padamu"

Rasulullah
Dalam sirahmu
Kutemu tulusnya cinta
Demi umatmu
Berkorban jiwa 
Sehingga hujung nyawa

Kau diutus atas nama kebenaran
dengan fasih lidah beri penjelasan
Sabar dalam apa jua keadaan
Tak goyah dengan ranjau tekanan

Walau diri bisa menakluki takhta
Tetap rendah hati penuh sederhana
Segalanya demi Lillahi Ta'ala
Azimat yang berharga

Rasulullah
Dengan hikmahmu
Terpancar syiar agama
Mengubah gelap menjadi terang
Menghapus jahiliah

Rasulullah
Engkau tinggalkan semangat juang tertinggi 
Membina satu aqidah
Membangun iman
Bertahun di lapangan mujahadah

Sahih hadith dan Al-Quran
Menjadi sumber cahaya pedoman
Hanya itu yang kau wariskan
Akan selamat di dunia dan akhirat

Rasulullah
Terlalu Rindu
Padamu junjungan jiwa
Di dalam sunnah yang utama
Menyambungkan kasih denganmu

Rasulullah
Dalam sirahmu
Kutemu tulusnya cinta
Demi umatmu
Berkorban jiwa 
Sehingga hujung nyawa

Rasulullah
Dengan hikmahmu
Terpancar syiar agama
Mengubah gelap menjadi terang
Menghapus jahiliah

Ya Rasululluh... Ya HabibAllah
Pabila terkenangmu, mengalir air mataku..


 Sebelum ni, aku ader juga post lirik Kasih Padamu, tp yang tu tak 100% betul. Post kali ni, aku copy 100% dari cd, so insyaAllah betul.. Moga kasih sayang kiter kepada  Rasululluh semakin mendalam dari sehari hingga ke akhirnyer. Hidupkanlah Sunnah, insyaAllah berkat hidup kiter di dunia dan akhirat... ameen..

3 comments:

nadia said...

Terima kasih share lirik ni. Mohon share di blog sy :)

Anna Insan said...

Nadia ... silakan.. Moga2 kiter samer2 mendapat manfaatnyer..

Nur Mahirah said...

follow sini .. mohon copy this lyric :) tq http://beyondtotheinfinity.blogspot.com/